Ketika keadaan darurat diisytiharkan, para penghuni mengikat Pyeon Sang-wook kerana digigit. Hyun-su tidak boleh mengabaikan sebuah keluarga yang memerlukan pertolongan.
Seorang penyelamat yang tidak disangka melindungi kanak-kanak daripada bahaya sementara Hyun-su, Yoon Ji-su dan Jung Jae-hoon cuba untuk membawa mereka ke tempat selamat.
Maklumat penting tentang raksasa diumumkan. Apabila penghuni tidak sependapat tentang tindakan terhadap Hyun-su, Lee Eun-hyeok mencadangkan agar mereka mengundi.
Hyun-su ditugaskan untuk melaksanakan misi berbahaya dan kembali untuk mendapatkan Han Du-sik. Sang-wook bertekad untuk menyelesaikan perkara yang dimulakan olehnya.
An Seon-yeong bersemuka dengan raksasa terhebat dalam sepanjang hayatnya. Seo Yi-kyung meninggalkan bangunan dan menuju ke pejabat tunangnya untuk mencari jawapan.
Hyun-su menyelamatkan yang lain daripada serangan membawa maut. Apabila barang keperluan berkurangan, Eun-hyeok mengumumkan rancangan untuk keluar mencari barang.
Sehelai risalah tentera menjanjikan laluan ke tempat selamat, tetapi kumpulan itu enggan percaya. Hyun-su terdedah kepada pandangan baharu tentang keadaannya.