Épisodes 10
Kehidupan Yang Ditinggalkan
Kru Nightflyer berjuang untuk menangani penumpang terbaru kapal -- seorang berkuasa telepati yang kuat yang mungkin satu-satunya harapan mereka untuk menjayakan misi.
Lire la suitePemburuan
Agatha bimbang akan keselamatan Thale di tengah ancaman yang semakin meningkat daripada kru. Karl menyiasat bayangan yang sering mengganggunya.
Lire la suiteBayangan Menjadi Realiti
Karl memasukkan Rowan dalam rancangan untuk menceroboh kediaman kapten. Suczek berjuang untuk kekal waras. Thale menguji kuasa komunikasinya.
Lire la suiteArnab Putih
Karl terjumpa tetamu yang tidak diundang membuat kacau di atas kapal. Eris bercerita kepada Mel tentang masa lalu keluarganya. Lommie melakukan perjalanan yang berbahaya.
Lire la suiteGreywing
Terdesak untuk mengelakkan ibunya mengawal fungsi kapal, Eris meminta Lommie dan Thale untuk membendung ancaman tersebut.
Lire la suiteKurniaan Suci
Semasa mencari sumber penting di atas kapal misteri, Karl, Lommie, Mel, Rowan dan Auggie terserempak dengan keganasan yang sangat dahsyat.
Lire la suiteTransmisi
Bakat Thale memberikannya peminat baharu. Rowan dan Tessia bersiap sedia melakukan perubahan. Karl memperoleh kejayaan. Agatha risau akan keadaannya yang semakin teruk.
Lire la suiteKemunculan Semula
Eris, Tobis dan Tessia dikuarantin ketika Rowan mencari penawar. Selain itu, Agatha membuat pilihan yang mengejutkan dan Lommie memasuki semula Crystal Matrix.
Lire la suiteIcarus
Kesedihan Rowan berubah menjadi menakutkan. Mel menyoal bagaimana Eris berjaya menyelamatkan diri. Auggie melihat sisi baharu Lommie. Karl meratapi satu kehilangan.
Lire la suiteSemua Yang Kita Temui
Ketika ketegangan di atas Nightflyer semakin memuncak, Mel membuat penemuan yang mengganggu, Auggie mengalami satu kejutan dan Karl mengejar takdirnya.
Lire la suite