Kehidupan keluarga aristokrat Crawley dan pembantu rumah mereka di Downtown Abbey berubah selamanya apabila kekaraman Titanic meninggalkan estet mereka tanpa waris.
Ketibaan bakal pewaris Matthew Crawley menggemparkan Downton sementara ibunya yang sememangnya daripada kelas pertengahan, Isobel, bercanggah pendapat dengan Violet.
Cubaan Cora untuk menjadi telangkai gagal apabila Mary jatuh cinta bukan pada Napier yang kaya, tetapi rakannya Pamuk, seorang atase Turki, dan menimbulkan akibat buruk.
Di pesta tahunan, Puan Hughes bertemu bekas pelamar yang membuat dia mempersoalkan kedudukannya di Downton. Violet dan Isobel bersengketa tentang Molesley.
Ketika kampung itu bersedia untuk pesta bunga tahunan, Isobel dan Violet berkelahi. Mary bertemu seorang pelamar berpotensi, tetapi dia masih menyukai Matthew.
Sybil dalam bahaya apabila meletusnya pergaduhan di mesyuarat politik yang dia hadir secara rahsia. Adik-beradiknya menyedari penyelamatan Matthew yang berani.
Cora membuat penemuan yang memporak-perandakan isu harta pusaka. Didesak oleh mak ciknya, Mary membuat Matthew tertunggu-tunggu untuk jawapan kepada lamarannya.