Episodes 16
Hidup Diselubungi Kabus
Janji temu spontan dengan Jeong Gu-won membuat Do Do-Hee menggelabah. Kemudian, dia menghadapi serangan yang memerlukan dia mengikat kontrak untuk mendapatkan bantuan.
Read MoreAda Kejahatan Dalam Sanubari Manusia
Kuasa Gu-won hilang secara misteri — dan dia mendapati Do-hee mungkin menjadi kunci untuk memulihkannya. Namun, usaha untuk mendapatkan semula kebolehannya memakan diri.
Read MoreBerganding Bahu Dengan Syaitan
Susulan serangan lain, Do-hee meminta Gu-won menjadi pengawalnya — meskipun selepas mengakui dirinya sebagai syaitan. Do-hee mencurigai kematian seseorang yang rapat.
Read MoreManis, Tapi Bermara
Do-hee melamar Gu-won, namun ditolak. Kemudian, dia meminta bantuan Gu-won untuk menyiasat kematian Ju Cheon-suk tetapi kuasanya terbantut tanpa disangka.
Read MoreHanya Dikau
Setelah diselamatkan, Gu-won dan Do-hee mula saling menaruh perasaan yang rumit. Kemudian, Do-hee cuba mencari calon suami dan hal ini meresahkan Gu-won.
Read MoreDalam Roda Nasib
Setelah nyawa Do-hee diselamatkan oleh Gu-won, dia dilamar oleh dua pemuda. Dia mengahwini salah seorang pelamarnya dan terlihat wajah yang meresahkan di perkahwinannya.
Read MoreHubungan Yang Ternoda
Do-hee dan Gu-won yang baru berkahwin menghadapi kesukaran apabila tinggal sebumbung. Ju Seok-hoon mula meragui identiti bukan manusiawi Gu-won.
Read MorePilihan Takdir
Setelah Gu-won tiba-tiba diserang, Do-hee bergegas menyelamatkannya. Apabila kehidupan di sekitarnya menjadi semakin bahaya, Do-hee memilih untuk berubah kerjaya.
Read MoreKebenaran Terungkai
Saat hubungan Do-hee dan Gu-won baru mekar, Gu-won mula mengalami perubahan kuasa yang aneh — tatkala diselubungi ancaman yang lebih besar.
Read MoreMenembusi Cangkerang
Selepas mengetahui takdirnya, Gu-won cuba mencari jalan lain untuk menyelamatkan dirinya. Namun tatkala dia dan Do-hee mempersiapkan ritual mereka, Do-hee diserang.
Read MoreSyurga Yang Mengancam
Kuasa Gu-won pulih selepas menyelamatkan Do-hee daripada bahaya maut — namun menghadapi padahnya. Tanpa membuang masa, mereka menyiasat serangan itu.
Read MorePenyelamat Kebinasaan
Mimpi tentang kehidupan lalu Gu-won membongkar kaitan yang tragis dengan Do-hee. Setelah mendengar tentang satu kematian, mereka semakin curiga terhadap keluarga Noh.
Read MoreDahulukala, Dosa Asal
Ketika Gu-won dan Do-hee berbahagia, dia menyedari traumanya yang tidak terungkai. Kemudian, mereka berdua makan bersama Noh Suk-min tanpa mengetahui niat sebenarnya.
Read MoreNeraka Diri Kita
Gu-won menyelamatkan Do-hee selepas konfrontasi yang menakutkan dengan Suk-min. Namun, pendedahan Suk-min tentang Cheon-suk memilukan hati Do-hee.
Read MorePenghujung Takdir
Polis gagal menemukan mayat Suk-min. Hal itu menimbulkan kemungkinan yang menggusarkan. Do-hee cuba melupakan perasaannya selepas Gu-won menghilangkan diri tanpa jejak.
Read MoreSyurga Diri Kita
Do-hee menjadi tidak berdaya selepas mengalami kehilangan. Ingin Gu-won kembali, dia membuat hajat untuk buah hatinya semasa Krismas — yang didengari Noh Suk-nyeo.
Read More