Selepas diserang dengan kejam, Jeong Su-in mendapati hidupnya mungkin berubah. Choi Jun-kyung mendapat tahu bahawa kumpulan raksasa sedang membentuk organisasi.
Seol Kang-woo mencari adik perempuannya di Gereja Saejin dan menemui Su-in di sana. Tidak lama kemudian, dia berdepan masalah — dan mereka berdua cuba melarikan diri.
Selepas menyerbu Gereja Saejin, Jun-kyung mengesyaki Kim Chul-min merahsiakan sesuatu. Semasa mengekori Kim, dia mendapati lelaki itu bertemu dengan Su-in dan Kang-woo.
Selepas mendedahkan segalanya kepada Chul-min, Kang-woo bersetuju untuk menyelamatkan Su-in. Namun apabila segala yang dirancang gagal, semua orang berada dalam bahaya.
Walaupun sedang diburu, Su-in cuba memberikan amaran kepada Jun-kyung. Saat serbuan Pasukan Kelabu dilaksanakan, Su-in dan Kang-woo menyedari komplot besar bakal berlaku.
Su-in bertemu dengan Seol Kyung-hee, yang mahukan sekutu. Namun komplot parasit untuk merampas kuasa dilaksanakan sepenuhnya — dan Heidi perlu menghalang mereka.