Michael merancang parti kejutan besar-besaran untuk hari jadi penting Colin, namun malam itu bertukar menjadi tragedi selepas pendedahan yang mengejutkan.
Selepas mendapat tahu tentang keberadaan Colin, Michael cuba menenangkan diri semasa majlis makan malam amal yang dihadiri oleh lawannya dan klien yang menjadi rebutan.
Selepas dikhianati seorang rakan, Michael makan tengah hari dengan ibunya, mendapat tahu tentang kekasih baharu Colin dan berdepan dengan hakikat pahit tentang dirinya.
Michael mendapati hubungan cinta telah banyak berubah berbanding waktu dia bujang dan menghadiri seminar dengan Suzanne untuk mengubah perspektifnya terhadap kehidupan.
Di acara disko roda, Michael terserempak dengan lelaki yang berpotensi menjadi seorang teman lelaki. Claire menemui sebuah pangsapuri dan Stanley berjanji temu.
Ketika hujung minggu meluncur salji dengan Stanley dan Billy, Michael menggila apabila menerima berita tentang Colin. Claire mengikuti Suzanne keluar pada waktu malam.
Michael bersedia untuk menghadapi Colin di majlis pernikahan pasangan Jonathan. Berita membuka mata, ucapan tajam dan renungan mendalam membuat malam itu sukar dilupakan.