Siri Terhad (2024)
← Back to season list
Episodes 12
Bola Sepak Jahanam!
Trauma dengan tragedi yang terus menghantuinya, Jin Se-kyung berikrar untuk memastikan orang tersayangnya selamat dan merancang untuk membalas dendam terhadap pelakunya.
Read MoreCinta Kembali
Mengesyaki peranan Se-kyung dalam pembunuhan terbaharu, Kang In-a memberi dia amaran. Namun, Se-kyung disapa pelawat mengejutkan semasa merancang tindakan seterusnya.
Read MoreSaya Gementar
Rakan Ha Yun-sang meraikan kepulangannya yang mengejutkan walaupun kehadirannya diselubungi misteri. Sementara itu, Se-kyung menyedari bahawa dia diperhati.
Read MoreRahmat yang Terselindung
Se-kyung menceritakan tentang ancaman berniat jahat yang diterimanya kepada In-a, kemudian mereka berdua memulakan misi yang berbahaya untuk bersemuka dengan penjenayah.
Read MoreGadis dengan Kucing
Walaupun meraih kejayaan baru-baru ini, Se-kyung masih risau bahawa ancaman belum tamat. Yun-sang menerima usul penuh misteri yang melibatkan tokoh penting yang hilang.
Read MoreKeterujaan yang Sia-sia
Gangguan di Misa peringatan bersama mencetuskan keonaran di gereja, sekali gus meningkatkan kritikan dan penelitian terhadap lokasi Paderi Baek.
Read MoreArirang; Pergi Tetapi Tidak Dilupakan
Se-kyung mendapat tahu tentang pusat latihan misteri dan merayu kepada In-a untuk menyiasat tempat itu. Kemudian, mereka menemukan rahsia lebih gelap yang terpendam.
Read MoreBerharap Selagi Bernafas
Rentetan serangan, kumpulan itu menghadapi akibat daripada pihak berkuasa — tetapi mereka mendapat tahu butiran yang dahsyat tentang kegiatan Paderi Baek.
Read MoreSinar Harapan
Se-kyung dan Yun-sang akhirnya bersemuka dengan Paderi Baek yang memberi mereka hanya satu pilihan, lalu memaksa Se-kyung mengajukan soalan yang mustahil kepada Yun-sang.
Read MoreDibayangi Gerhana
Pada hari pemindahan, Se-kyung dan kawannya menyelaraskan rancangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat perlindungan tetapi huru-hara tercetus ketika pesawat berhampiran.
Read MoreKrismas Terakhir
Menerima nasib yang dibawa asteroid, semua orang cuba meneruskan kehidupan. Namun, kekejaman dan kepahitan hakikat hari-hari terakhir mereka mula menghantui mereka.
Read MoreSelamat Tinggal, Bumi
Dengan hanya 20 hari lagi, mereka yang masih hidup bersedia untuk ditimpa asteroid. Namun, Se-kyung masih cekal meneruskan misinya untuk melindungi kanak-kanak.
Read More