Season 1 (2024)
← Back to season list
Episodes 8
Temu Janji Pertama
Kenalkan pasangan Smith, John dan Jane! Dua orang yang melepaskan identiti mereka untuk dipasangkan satu organisasi rahsia, dalam pengintipan dan perkahwinan. Seperti peluru dua setuangan. Tonton aksi mereka berlari, melompat dan mengembara, berkawan dan mencipta memori. Tapi awas, ada yang tidak kena untuk misi pertama ini. Ini John dan Jane: TEMU JANJI PERTAMA! Semoga berjaya, John dan Jane!
Read MoreTemu Janji Kedua
John dan Jane berpakaian dengan segak dan cantik dan mempunyai destinasi untuk dituju: acara rasmi tali leher hitam yang menyeramkan. Tapi mula-mula, pasangan Smith perlu tetapkan peraturan asas di rumah: TIADA S-E-K-S. Tetapi apabila sasaran mereka yang bijak Eric Shane mengubah keadaan, adakah mereka akan dapat membetulkan keadaan? Ini adalah John dan Jane: TEMU JANJI KEDUA! Woof Woof.
Read MorePercutian Pertama
Di rumah mereka di New York, dalam bilik tidur, di lereng bersalji: John dan Jane sentiasa berseronok. Hari ini, mereka ke Dolomites Itali. Adakah John akan menemui hobi baru? Adakah Jane akan mendapat kawan baru? Adakah mereka berdua mula mengambil berat antara satu sama lain? John dan Jane, tiba masanya untuk PERCUTIAN PERTAMA! Ingat, satu lagi kegagalan akan buat bos rasa tidak gembira.
Read MoreTemu Janji Berganda
John dan Jane bukan satu-satunya pasangan Smith yang berseronok. Kali ini, temui John Lagi Satu dan Jane Lagi Satu, satu pasangan Smith yang lain, cuma mereka SANGAT berisiko tinggi. Tetapi adakah kedua pasangan bersama-sama akan menjadi satu perkara yang baik? Gandakan ketawa dan gandakan kemeriahan! Ini John dan Jane: TEMU JANJI BERGANDA!
Read MoreAnda Mahu Anak?
Sekarang musim panas, John dan Jane tidak sabar untuk meluangkan lebih banyak masa bersama. Sertai mereka di Tasik Como yang terkenal sambil mereka memandu kereta, mengelak orang jahat, dan mengejar Toby yang licik, cara jenayahnya yang nakal meletakkan mereka semua dalam bahaya. Semasa menjaga bayi lelaki dewasa ini, mereka berdua tertanya-tanya, John dan Jane, ANDA MAHU ANAK? Mama mia, Toby!
Read MoreTerapi Pasanga (Jelas &Takut)
Oh, John. Oh, Jane. Pasangan kita ini sangat teruk dalam perkongsian dan dalam mengambil berat sesama sendiri. Masa untuk dapatkan bantuan -- John dan Jane, bersiap sedia untuk: TERAPI PASANGAN, sungguh menarik!
Read MoreKecurangan
Hihi menyuruh John dan Jane mengambil sedikit ruang masing-masing. John telah menghabiskan banyak masa dengan rakan barunya, Bev. Tapi bagaimana dengan Jane? Adakah John akan melupakan semua keseronokan mereka bersama? Malang bagi Jane! John, memang, teruk! Bagaimana John dan Jane akan bangkit daripada KECURANGAN ini!
Read MorePerpisahan
John dan Jane mengambil masa berjauhan dari diri masing-masing. Adakah mereka mampu untuk meminta maaf atau ini akan menjadi pengakhiran bagi pengembaraan mereka? Ambil beberapa tisu John dan Jane, ini adalah PERPISAHAN. Cuma kali ini, ianya hidup dan mati. Jangan dramatik sangat!
Read More