Епизоди 16
Episode 1
Ketika mencari vakum robot kesayangannya, CEO yang cerewet, Jang Seon-gyeol terserempak dengan Gil O-sol, seorang pencari kerja yang tidak mempedulikan kekemasan.
Прочетете ощеEpisode 2
Seon-gyeol memberikan masa selama seminggu kepada O-sol untuk membayar ganti rugi. Gadis yang semakin terdesak ini memutuskan untuk memohon kerja di satu lagi tempat.
Прочетете ощеEpisode 3
O-sol terserempak dengan Seon-gyeol di tempat kerja baharunya. Apabila Seon-gyeol ternampak O-sol yang mabuk, dia menghantarnya pulang tetapi mengesali keputusannya.
Прочетете ощеEpisode 4
Seon-gyeol tersedar di hospital tanpa menyedari cara dia berada di sana. O-sol cuba menenangkan bapanya dan mengejutkan semua orang di pejabat dengan gaya baharunya.
Прочетете ощеEpisode 5
Seon-gyeol membuat keputusan melulu yang dikesali namun sering membuat perkara yang tidak dapat dia jelaskan. O-sol terkedu apabila mengetahui tentang keadaan Seon-gyeol.
Прочетете ощеEpisode 6
Seon-gyeol menjadi tidak keruan setelah mendapat tahu tentang tugasan baharu O-sol, tetapi dia gagal menghubunginya. O-sol keliru dengan tindakan Seon-gyeol.
Прочетете ощеEpisode 7
Keliru dengan Seon-gyeol, O-sol mencurahkan isi hatinya kepada jirannya. Terganggu ketika bekerja, Seon-gyeol menyedari sesuatu — tetapi semuanya mungkin sudah terlambat.
Прочетете ощеEpisode 8
Pendedahan Choe Ha-in memeranjatkan O-sol, tetapi kata-katanya bermain-main dalam minda gadis itu. O-sol membantu Seon-gyeol semasa dia berada dalam bahaya.
Прочетете ощеEpisode 9
O-sol memahami kepentingan pekerjaannya dan meneruskan kerja. Apabila dia difitnah oleh kliennya, Seon-gyeol mempertahankan dia dan tindakan ini merisikokan syarikat.
Прочетете ощеEpisode 10
Seon-gyeol bingung apabila O-sol berada di rumahnya, tetapi keadaan menjadi semakin kekok apabila ibunya singgah. Kemudian dia menyedari perubahan pada rumah dan dirinya.
Прочетете ощеEpisode 11
O-sol bingung dengan sikap Seon-gyeol yang memberikan perhatian penuh. Seon-gyeol cemas apabila seorang tetamu tidak diundang tiba dan ibunya meminta bantuan O-sol.
Прочетете ощеEpisode 12
O-sol sering memberitahu Seon-gyeol bahawa dia tidak mahu mencari pasangan, tetapi jejaka ini membuat kejutan spontan untuknya dan menunjukkan sisi dia yang berbeza.
Прочетете ощеEpisode 13
Seon-gyeol mengakui O-sol merupakan orang pertama yang memahami tabiat anehnya, namun O-sol mahu berpindah keluar selepas menerima kenyataan tentang perasaannya.
Прочетете ощеEpisode 14
Seon-gyeol bertekad untuk menyembuhkan misofobianya, tetapi O-sol membuat keputusan yang drastik selepas keluarganya mengetahui identiti datuk Seon-gyeol.
Прочетете ощеEpisode 15
Kecewa dengan pendedahan datuknya tentang Kumpulan AG, Seon-gyeol menyedari bahawa dia dibelot oleh seseorang yang dia percayai sepenuh hati.
Прочетете ощеEpisode 16
O-sol mendapat tahu bahawa Seon-gyeol akan berangkat ke AS. Keluarga O-sol menerima permohonan maaf. Seon-gyeol mahu memulakan hidup baharu tetapi mungkin sudah terlewat.
Прочетете още