Lee Tang yang terumbang-ambing dalam hidup panik setelah dia membunuh seorang lelaki. Jang Nan-gam yang menyiasat kes itu menemukan satu hal mengejutkan tentang mangsa.
Tang didekati wanita misteri yang mendakwa dia tahu rahsianya dan mula mengugutnya. Kesan buruk perbuatannya mula menjadi beban terhadap keadaan mentalnya.
Nan-gam berusaha mengungkai kes itu saat dia menyiasat kematian terbaharu. Setelah dihubungi oleh individu misteri, Tang memutuskan untuk menyerah diri.
Nan-gam yang menyangka bahawa pembunuh yang sama ialah dalang di sebalik semua kematian menyoal siasat Roh Bin. Tindakan ini membentuk satu kerjasama yang tidak diduga.
Nan-gam menemukan satu corak pada pembunuhan terkini dan mencari Tang — tanpa menyedari bahawa ada lelaki misteri lain yang melakukan perbuatan yang sama.
Dalam usahanya mencari Tang, Song Chon menyoal Bin, yang meminta bantuan Nan-gam kerana terdesak. Namun Tang bersetuju untuk menemui Chon, yang mempunyai satu tawaran.
Nan-gam bersemuka dengan Chon, yang masih dapat mengecamnya. Saat Bin dan Tang merancang untuk melarikan diri, Bin menerima satu ugutan menerusi telefon.
Aksi kejar-mengejar berhujung satu perlawanan akhir: Chon melawan semua orang. Pada masa yang sama, Nan-gam akhirnya mengetahui kisah sebenar tentang bapanya.